Buruk baik Malaysia bumi kita Kunta Kinte

Empat hari lagi Malaysia berusia 53 tahun.

Tarikh 31 Ogos hari merdeka.

Tarikh yang sepatutnya bermakna bagi setiap rakyat jelata.Tetapi mengapa nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Seolah-olah ramai dalam gundah dan gulana. Apakah kerana hari merdeka jatuh dalam bulan puasa atau ada sesuatu yang tidak kena?

Sepatutnyalah, perayaan biar sederhana, tetapi penuh bermakna. Lantas Kunta Kinte bertanya, apakah agaknya yang tidak sempurna atau hari kemerdekaan tidak lagi bermakna?Ke arah mana pun Kunta Kinte halakan pandangan mata, aduhai sedihnya, tidak banyak Jalur Gemilang berkibaran di udara. Lebih-lebih lagilah di rumah orang kaya, yang majoritinya pastilah bukan orang Bumiputera.

Kunta Kinte rasa, boleh jadi ramai yang lupa. Tapi, takut-takut ada yang tidak peduli lagi dan mereka pun tidak rasa apa-apa mengenai hari merdeka.Ulang tahun kemerdekaan atau tidak, bagi mereka sama saja kerana sudah bersikap, aku peduli apa.Takut-takut juga, kerana desakan hidup atau rasa yang terbuku di hati maka hilang sikap peduli kepada ibu pertiwi. Lantas mereka tidak ambil hal lagi dan masing-masing pun membawa diri.

Dikhuatirkan, pada saat-saat ekonomi diuar-uarkan semakin pulih, dasar demi dasar tindih menindih dan slogan berkumandang di udara, rakyat jelata masih tidak percaya atau keliru antara khabar dan rupa, antara fantasi dan realiti.Yang pastinya, manakala nilai ringgit diuar-uarkan kukuh, pengguna mengeluh kerana koceknya semakin susut disedut harga barang, cukai dan tambang.Jadi, dalam kekusutan minda dan beban hidup yang semakin terasa, tidak anehlah kalau bagi mereka, merdeka atau tidak merdeka sama saja.Lantaran tercetuslah sikap negatif, aku peduli apa!

Yang kaya leka dan lega dengan harta rumah ibarat istana, berpagar ibarat kota. Mengibarkan bendera jauh daripada benak mereka.Yang lebih utama, desak dan asak hapuskan apa saja kuota untuk Bumiputera. Bukakan pintu seluas-luasnya kepada meritokrasi. Jangan ada lagi halangan dan sekatan. Lupakan Bumiputera, hak istimewa, bahasa dan b! udaya.Te tapi siapa yang silap kalau ada orang yang berani dan biadab? Kitalah. Kerana ada antara kita yang terlalu menyerah dan mengalah memberi atas nama toleransi.Jadi, dalam kita merayakan ulang tahun merdeka, kita jangan sekali-kali lupa, bumi ini peninggalan nenek moyang kita, pusaka yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita.

Jangan kita terlalu asyik berbahas dan berpolemik atas nama hak dan kebenaran sedangkan yang menangguk hasilnya adalah orang lain yang sudah pun kaya raya.Kita Melayu bukan rasis. Tapi itulah label andai kata kita bersuara mempertahankan hak bangsa, agama dan negara. Bukan kerana apa, kerana ada di antara orang kita yang kerana mahu disanjung dipuji sanggup melihat bangsa sendiri dikhianati.Jadi Kunta Kinte meminta, merayu dan menyeru, orang Melayu jangan leka. Jangan mudah rasa selesa. Jangan mahu dipuji dipuja sehingga sanggup gadai hak dan pusaka.Tanyalah, ke mana orang Melayu akan pergi kalau bumi ini diperah kering, dibolot dan dimonopoli atas nama globalisasi, persaingan dan keuntungan?Nyamuk dan pijat ada di mana-mana. Pengkhianat dan penjual bangsa pun begitulah juga. Tetapi janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar, marahkan pijat tilam campak.

Kunta Kinte takut, nyamuk tak mati, kelambu musnah dan silap-silap rumah terbakar. Jagalah rumah yang bernama Malaysia ini kerana di sinilah kita lahir dan di sinilah kita akan mati, Insya-Allah.Bacalah sejarah. Kita anak peribumi, warga keluarga besar Nusantara. Kita bukan pendatang daripada lain benua. Kita perantau dalam dunia besar Nusantara. Sebelum penjajah melukis sempadan, menjadikan kita tanah jajahan, kita satu kelompok bangsa yang sama bangsa Nusantara. Hatta sejarah menamakan rantau ini Kepulauan Melayu.

Jadi, janganlah kerana mahu mengambil hati atau memancing undi, kita berkata kita juga bangsa pendatang. Melayu bukan bangsa pendatang. Kita anak jati Kepulauan Melayu the Malay Archipelago.Selamat merayakan ulang tahun kemerdekaan. Kibarkan bendera tanda patriotisme. Merdeka, merdeka, merdeka. Berita Harian* This! is the personal opinion of the writer or newspaper. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

See What Barisan Nasional Gotta Say?

Coco Rocha for W Magazine

Comments

Popular posts from this blog

All Anwar Ibrahim Sex Videos (Warning: Explicit)

YB SEX SCANDAL - PART 4 (from Sabahkini)- in Malay

YB SEX SCANDAL - PART 3 (from Sabahkini)- in Malay