iSumpah - produk terbaru dari Burlesque Sdn Bhd

Untuk meraikan karnival JomSumpah anjuran TV terulung Malaysia, Burlesque Snn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang dimiliki sepenuhnya oleh tiga orang warga tempatan Bumiputera (ahli gerakan 1Bumi yang dilancarkan tanpa kebenaran Tun Dr Mahathir), dengan ini melancarkan produk terulungnya, iSumpah.

iSumpah ialah satu produk elektronik yang unik. Ianya benar-benar percuma, tidak seperti 1E-mel, tajaan Tricubes Bhd, yang sebenarnya tidak berapa percuma.

Burlesque Sdn Bhd sedang dalam perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi, JAKIM, Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Perdana Menteri untuk memperolehi kontrak selama 50 tahun.

Burlesque Sdn Bhd akan memasang unit-unit iSumpah di mesjid-mesjid dan surau-surau diseluruh negara dengan harga RM50000.00 seunit. Di dalm jangka masa terdekat, unit-unit iSumpah juga akan dipasang di tepi-tepi jalan, supermarket-supermarket Mydin, Tesco dan sebagainya untuk memberi akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia.

Penggunaannya adalah percuma. Rakyat tidak perlu membayar. Kerajaan hanya membayar harga unit-unit iSumpah itu, iaiatu, sebanyak RM50000.00 seunit dan kos penyelengaraan sebanyak RM60000.00 sebulan bagi setiap unit.

Untuk menggunanya, rakyat hendaklah menekan butang unit iSumpah yang berdekatan dan melafaskan sumpah yang ingin dibuat. Sumpah tersebut akan terus dialirkan ke website Burlesques Sdn Bhd untuk tatapan umum dengan percuma.

Dalam masa hadapan, unit-unit yang mempunyai berbagai bahasa juga akan dibekalkan.

Berikut ialah video promo iSumpah.

Enjoy!


Comments

Popular posts from this blog

All Anwar Ibrahim Sex Videos (Warning: Explicit)

YB SEX SCANDAL - PART 4 (from Sabahkini)- in Malay

YB SEX SCANDAL - PART 3 (from Sabahkini)- in Malay