PDRM sedang berkuntau tutup kes C Sugumar!
Mula2, cerita ni keluar dalam Keadilandaily.com. Bila dibuka, keluar gambar seperti di bawah: Kompom SKMM punya kerja! Belek punya belek nasib baik blog Addin sempat kopipes. Baca: Komplot Polis Dan HKL Untuk Tutup Pembunuhan Sugumar – Naib Presiden KEADILAN Posted by Addin Deen at 1/31/2013 KUALA LUMPUR 31 Jan: Dolak-dalik polis dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung tuntutan bedah siasat kedua C Sugumar dipercayai untuk mengelak keganasan polis ke atas mendiang terbongkar.Kelewatan polis mengeluarkan kebenaran bertulis kepada hospital tersebut untuk bedah siasat kedua mangsa turut dikecam.Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, polis sengaja melengahkan bedah siasat supaya kes yang didakwa sebagai pembunuhan itu tidak diketahui umum. "Peguam mendiang Sugumar, Eric Paulsen hari ini memaklumkan bahawa HKL tidak akan membuat bedah siasat kedua selagi polis belum mengeluarkan kebenaran bertulis."Polis dan ...