Lahad Datu: Lebih Ramai Lagi Penceroboh Sulu Ditembak Mati - KPN


Oleh RUBEN SARIO
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.
Tan Sri Ismail Omar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata terbunuh dalam pertempuran di tiga lokasi berasingan selepas polis dan anggota tentera memperluaskan pencarian mereka ke Kampung Tanjung Batu, kira-kira dua kilometer dari Kampung Tanduo.
"Kami percaya sebahagian musuh terbunuh walaupun kami tidak mengesahkan bilangan kematian buat masa ini," katanya.
Beliau berkata, mereka mempercayai lelaki bersenjata Sulu berjaya melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu dari Kampung Tanduo dan polis memburu mereka di sana.

Pejabat AG mohon ekstradisi Jamalul Kiram

Pejabat Peguam Negara (AGC) akan mengemukakan permohonan bagi Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.
Beliau berkata pejabatnya telah meneliti perkara itu (ekstradisi) sejak minggu lepas.

"Perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi," katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Pegawai tertinggi pejabat pendakwa raya itu menjelaskan perlu dibuktikan ada kes terhadap seseorang itu sebelum AGC memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan seperti memohon ekstradisi atau mendakwa seseorang itu di mahkamah.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada polis menjalankan tugas mereka menyiasat kes itu.

"Jika terbukti ada kes, kami (AGC) pasti akan melakukannya (memohon ekstradisi)," tegas Abdul Gani.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media mengenai ekstradisi Jamalul Kiram yang didakwa mengarahkan pencerobohan bersenjata di  Sabah, yang mengakibatkan lapan anggota polis terbunuh.

Bernama
Read More @ Source



More » Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Popular posts from this blog

All Anwar Ibrahim Sex Videos (Warning: Explicit)

YB SEX SCANDAL - PART 4 (from Sabahkini)- in Malay

YB SEX SCANDAL - PART 3 (from Sabahkini)- in Malay