3 jet pejuang F18 dan 5 Hawk digunakan untuk serang Kg Tanduo - Zahid


Tiada Anggota Keselamatan Cedera Dalam Serangan Ofensif Lahad Datu - Hishammuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketika mengadakan sidang media bersama di Lahad Datu, Selasa. Pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal Selasa.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu pada Selasa.
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari Selasa mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.
Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
Beliau berkata, inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akanmemberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.
Beliau berkata, hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.
"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat PolisKontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA


Protes di Manila, bakar foto Najib
4:53PM Mac 5 2013 
Aktivis Filipina mengatakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

NONEMenurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.
 
Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.
 
Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas 
menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".
 
Manakala yangNONElainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.
 
Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".
 
Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.
 
Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.
Read More @ Source



More » Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Popular posts from this blog

All Anwar Ibrahim Sex Videos (Warning: Explicit)

YB SEX SCANDAL - PART 4 (from Sabahkini)- in Malay

YB SEX SCANDAL - PART 3 (from Sabahkini)- in Malay