PANAS tersebar: Adakah buku neh Deepak punya
Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose – Black Rose 1.0″ Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya. Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau. Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya. Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku tersebut menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan. Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor den...